Wednesday 12 February 2014

MALAM PERTAMA - TERUJA ATAU TERUJI?

Dalam cahaya malap,
Nikmat didakap,
Kepuasan tidak terucap,
di pembaringan  mata terlelap,

Selesai solat Zuhor, 99% pelajar lelaki tingkatan empat tidur di dalam surau, mengapa?
Mungkin kerana malam pertama mereka tidak dapat tidur dengan berkualiti.   Maka peluang 20 minit tidak disia-siakan untuk melayan mata yang kelat. Ditambah dengan surau yang selesa berhawa dingin dan bertirai tebal di setiap tingkap.

Sempat saya berbual dengan salah seorang pelajar baru tentang malam pertama yang dilalui malam tadi, dijawab dengan nada lemah kerana berhadapan dengan pengalaman yang cukup berbeza. Saya terus meneka :

"Ini pengalaman pertama tinggal di asrama?"

"Ya ustaz...."     

"Sebelum ini tinggal dengan ibu bapa di rumah?"

"Ya...., malam pertama memang buat macam tu ya ustaz?"

"Kenapa? apakah yang awak maksudkan adalah yang teruja bertukar teruji? Pengalaman baru... semua orang punya rasa yang berbagai, yang penting awak bersabar, senang tidak datang dengan mudah, kesulitan mendidik kekuatan, kesabaran membuah keuntungan dan disiplin mempengaruhi pencapaian. Hari ini awak teruji, hari esok awak yang menentukan.... samaada nak teruji atau terus teruja"

"Betul ustaz"

"Awak pergilah tidur dulu, nanti saya kejutkan"

"Terima kasih ustaz"

bersambung




Blog This!

1 comments:

Anonymous said...

Hari ini awak teruji,hari esok awak yang menentukan...ingat pesan ustaz tu..

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala