Wednesday 29 June 2011

BILA GURU TIDAK BERADAB

Guru adalah insan yang dianggap serba lengkap dan sempurna. Oleh kerana bergelar profesional... maka sewajarnya guru mampu mengatasi apa sahaja situasi dengan baik terutamanya apabila melibatkan hak pelajar.

Jika guru bertindak secara bodoh maka pelajarlah yang akan diperbodoh-bodoh.
Jika guru lidah tidak beradab maka pelajarlah yang akan terserlah sikap biadap.
Jika guru bertindak mengikut hati maka pelajarlah yang akan terguris hati.
Jika guru tersalah langkah maka pelajarlah yang menerima padah.
Jika guru terlalu bangang maka pelajarlah yang sangat bengang.
Jika guru ambil mudah maka pelajar mula bertingkah.
Jika guru tiada integriti maka pelajar takan 'reti-reti'.
Jika guru bercelaru maka pelajar akan keliru.

Guru janganlah bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu

Menyirap hati aku apabila mendengar team bola tampar puteri dari maktab aku diperhina di dalam majlis penutup sukan dan permainan di MRSM Batu Pahat malam semalam.

Aku hairan....
mengapa ada guru yang tidak bersikap profesional,
mengapa ada guru yang biadap dan tidak menghormati rakan sejawat,
mengapa ada guru yang tidak mengawal sikap biadap pelajar mereka,
mengapa ada guru yang mengambil mudah tentang hak dan maruah pelajar,
mengapa ada guru yang mementingkan kehendak dirinya sendiri,
mengapa...? mengapa....?

Mungkinkah kerana kerjaya guru adalah pilihan terakhir setelah kerjaya pilihan utama mereka tidak tercapai?

Wallahua'lam....
Blog This!

2 comments:

miss d said...

sabar ustaz..mungkin terikut emosi agaknya..

Nizam said...

Terima Kasih Diana atas nasihatnya.
Saya kasihankan pelajar saya yang telah diputuskan layak ke semi final dan telah pun melalui perlawanan tersebut, tetapi kenapa perlawanan itu 'dibatalkan' dan dianggap kesilapan teknikal.... kenapa penganjur/ketua kontijen tidak peka dengan perasaan pelajar... tidak mampu berbuat sesuatu kah untuk mengatasi kesilapan penganjur (guru) agar pelajar tidak terasa begitu terinaya? Wallahu'alam....

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala