Friday, 13 November 2009

Hari Kualiti 2009

Sambutan Hari Inovasi (Kualiti) tahun 2009
Setiap kali sambutan Hari Kualiti ada beberapa perkara yang sama sahaja akan aku hadapi....
1- aku kena bantu Set Up Power Point...
untungnya aku boleh tahu dulu pemenang-pemenang anugerah...
ada seorang staf tanya2 aku nak tahu siapa pemenang anugerah di unit dia... aku pun cakap ;
aku: mana boleh.... saya kena pegang rahsia... itu amanah...
Staf: ala... bagi tau la... kita xkecoh2... senyap2 jer...
aku: ala... siapa lagi... takkan tak tau.....
Staf: siapa.... ckp ler...
aku: org yang duk kipas2 bos tu ler.... mesti la dia yg dapat.... (aku berlawak)
Staf: ooooo... mgkin saya tau siapa dia... ok lah... terima kasih...
aku: ha....? (terpinga2.... takkan dia xdimaklumkan utk hadir krn dia yg dpt anugerah tu...)
Si baju hijau yg hensem.... he2...
2. Aku dapat sijil 'Cuti Sakit Sifar'
saban tahun yg xmiss aku dapat ialah siji ni.... hm.. xpernah ponteng kije la katakan.... tapi tahun ni plak xdpt sbb aku kena ciku gunya... dah xleh jln kena merangkak mcm mana nak gi kije....

Hijau si manis dan biru yg ceria... mcm iklan ubat gigi jer....

3- amik gambo kwn2...
oleh krn minat amik gambo.... tiap kali bergerak musti bawa kamera.... pastu kongsi2 kat sesiapa yg mau utk dokumentasi seperti AJK Tinta Mas, AJK Kecemerlangan, AJK mcm2 AJK lah....

Songkok tinggi ala tok penghulu....

meriah berbaju melayu..

xkan dah makan nak balik terus....

wajah2 berkualiti anugerah Ilahi di majlis Anugerah Kualiti


4- Pembaca doa,
kalau xkena jadi AJK.... diundang pula sebagai pembaca doa.... yan pasti Majlis Anugerah Kualiti aku akan terlibat sama...
Blog This!

Thursday, 5 November 2009

SEDAN & BELIAN MAUT

Ketika lawatan ke Terengganu bulan November 2009, terdapat banyak gambar yang diambil... di sini dikongsikan sedikit sahaja...... yang agak mengarut atau lucu.... hanya untuk pembaca tersenyum dan berfikir....
Siapa nak bergambar dulu? kami yg ramai atau cik adik yg berseorangan.... er... gaya cik adik posing lain macam jer...

Tak mengapa abang2 Raihan... teruskan je persembahan nasyid, kami cuma nak tumpang bergambar jer.....

Oh.... kalau kami tahu ada sesi bergambar bersama Raihan selepas persembahan.... tak le kami ganggu ketika abang2 Raihan bernasyid tadi....

Ni jualan bayar pakai RM atau dengan mengucap syahadah jer....

Siapa tahu macam mana rupa buah pior.... pokok buah pior ada banyak tumbuh di mana.... siapa pernah nampak pokok pior?

Bukan kereta sahaja yang ada jenis 'sedan'.... minuman pun ada 'sedan' juga.....
hm.... jauh perjalanan, luas permandangan,
jalang-jalang cari makang....
Blog This!

Saturday, 26 September 2009

JUARA KESELURUHAN PERINGKAT NEGERI MELAKA

Kem Kadet JPAM Peringkat Negeri Melaka pada 24 - 26 September 2009Persembahan Kebudayan

Pertolongan Cemas

Penyelamat

Penyelamat


Juara Keseluruhan

Blog This!

Monday, 18 May 2009

KAMI BANTU ANDA


KERJA SAMBILAN DI RUMAH ATAU DI MANA JUA. TERLALU SENANG.....,

Anda hanya perlu membuat email atau SMS kepada semua orang di mana dan dari mana sahaja, (kalau boleh dalam dewan kuliah jangan buat, waktu khutbah HARAM....., dalam toilet bleh tapi makruh...)

Pendaftaran keahlian PERCUMA, bayaran pengaktifan boleh dipilih ikut kesesuaian dari RM10 hingga RM5000. Murah dan mudah, pelajar2 kolej pun mampu.


Keistimewaan ahli adalah ;

  1. Boleh buat apa-apa iklan di Website syarikat PERCUMA TANPA HAD...., kalau dah tak ada sangat benda nak iklankan... buat le kata-kata nasihat atau ucapan-ucapan sihat.

  2. Pendapatan/perniagaan anda bergerak 24jam meskipun anda sedang tidur.... dah mati pun pendapatan masih diperolehi. (letak nama waris ketika update profile selepas bayaran pengaktifan)

  3. Mendapat sahabat baru melalui pendaftaran ahli baru. Ada le... sedara bila merantau seMalaysia nanti...., yang belum berjodoh mudah-mudahan temu jodohnya....

  4. dan byk lagi... (boleh rujuk web syarikat)


Blog This!

Wednesday, 7 May 2008

RECITING QURAN


------

Blog This!

Thursday, 13 March 2008

CHAT ZONE

Type your massage here....
thank you....



Blog This!

Sunday, 30 December 2007

KLCC

Permintaan anak-anak ku.....

Abg: Abi... bila nak bawa kitaorang naik keretapi.... kita teringin la nak naik...
Aku: Korang ni beruntung... tak susah2 naik bas, naik keretapi.... sbb Abi ada kereta sendiri...
Abg: Ala... kita nak rasa...
Aku: Naik benda tu semua bukan main rasa2.... lain la kalau ada arah tuju....
Abg: Abi dulu selalu naik keretapi.... naik Bas Ekspress... kapal terbang... feri, bot semua lah....
Aku: Mana la korang semua ni tau...?
Abg: Tu gambar2 abi.... dating ngan umi pun ada....
Aku: Haisyyyysssshhh!!! mandai2 jer... mana ade... Sudah2 nanti abi bawa naik LRT jer kat K.L...
Abg: Janji.....
Aku: (ini mcm ugutan jer....) Ha... ye... kita ziarah Pak Tam kat Putra Jaya... tapi ada syarat...
Abg: Boleh.... apa syaratnya....
Aku: Peksa dpt nombor bawah 5....
Abg: Ha... ari tu dah dpt....
Aku: Tu ari tu.... nak peksa akhir tahun ni la....
Abg: Boleh2....
Aku: Ok..... janji.... (memang nak bawa pun sbb dah janji dgn Pak Tam dia yg baru pindah rmh... kalau tak.... mau syarat berat sket... he2.. nombor satu tanpa merah ke....)

Dari Putra Jaya ke Bukit Jalil... park unser kat stadium pastu naik le LRT ke KLCC.....

Setelah merayap2 kat KLCC akhirnya masuk le ke Akuarium.... rupa2nyer yg jaga ikan2 kat situ adalah ex-student MRSM Jasin.... tapi sayang aku xberapa ingat budak tu bcos dia bukan budak2 yg top.... sama ada top haluan kanan (good student) atau top haluan kiri (problem akademik @ disiplin) dan bukan dari kelas aku... mana nak ingat kalau dah 400 lebih tiap tingkatan... sampai 18 kelas tiap tingkatan.... dan aku plak masuk cuma 2 atau 4 kelas tiap tingkatan....

Yang bagusnyer bdk tu mengejar dan memanggil aku setelah terperasan kehadiran aku.... bagus tul budak tu.... ingat kat cikgu MRSM walaupun bukan yang mengajar di kelas dia.... yang tak bagusnya aku... ha2... aku tak ingat sangat kat budak tu....

"Saya ingat semua cikgu2 MRSM Jasin.... kan ustaz juga yang pesan kat surau... kalau dah berjaya jangan lupa cikgu.... panggil2 la cikgu utk duduk kat kokpit sama bila dah jadi pilot, panggil2 la masuk bilik rawatan tanpa ikut nombor giliran bila dah jadi doktor nanti.... panggil2 la terus tanpa 'waiting list' bila dah jadi pakar bedah....."

Ye ke aku ada cakap mcm tu....? ye kut....

Cari2 juga kad yg dia beri.... tapi xjumpa.... lupa taruk la.... betapa xbagusnyer aku.... xpe la.... moga doktor aqua ex-MRSM Jasin tu cemerlang dalam kerjayanya di KLCC tu....



Blog This!

Thursday, 27 December 2007

Iklaneka

Ruang Iklan Percuma.... hantarkan iklan anda ke nizam_jasin@yahoo.com



Prepaid termurah, terjimat dan terbaik....

Sangat Murah, Sangat Jimat...

TERBUKTI JIMAT........

maklumat lanjut

onexox
1xox




Aneka Biskut, Kerepek dan lain-lain makanan







  Every muslimah looks gorgeous in their own way. Just choose a style to express yourself 




     
Hj Razali adalah sahabat saya yang super senior dan banyak membiming saya dlm dunia pendidikan....
  Kepada semua,
 berilah sokongan anda kepada sahabat saya  
 yang telah bersara dari dunia pendidikan di MRSM 
  tetapi 
  masih memastikan MRSM terus mendapat 
  pendidik yang berdedikasi melalui warisnya
  (anak lelaki sulongnya  kini mengajar di MRSM TGB sama saya)




Blog This!

LINK

Blog This!

Friday, 20 July 2007

MUNAJAT ISTERI SOLEHAH


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidah ku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangat ku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tangan ku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untuk ku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diri ku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiran ya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah,
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untuk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuran ku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab ku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah, sesungguhnya....
Aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah,
Kuatkan hati dan semangat ku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin
Blog This!

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala