Kita selalu diuji oleh Allah dengan permintaan / bantuan pada saat kita kesempitan.... sejauh manakah kita mampu menghadapinya...?
Aku terlibat sebagai panel penemuduga calon pelajar baru tingkatan satu ke MRSM Gemencheh sejak 2009 dan 2010.... tahun ini aku tidak meletakkan nama aku untuk ke Gemencheh kerana semua MRSM serentak menjalankan temuduka tersebut.... aku diperlukan di TGB sebagai AJK Pengurusan sekaligus panel standby. Dalam waktu yang sama kami barisan pengurusan MRSM TGB akan mengadakan mesyuarat perancangan 2012.
Kita merancang, tetapi tuhan menentukan.... 09 Disember 2011 aku menerima panggilan dari pejabat mengatakan bahawa aku dikehendaki ke Gemencheh untuk menjadi panel di sana....
Bagi ku membantu orang adalah kerja mulia... tetapi tugas aku di TGB adalah kewajipan utama... maka ;
SMS
Aku : Soleh, aku xleh dtg 12hb, tlg cari ganti. Hari lain aku dtg.
Soleh : Bek Tuan!
Tetapi ketika meeting ada SMS ku terima ;
Soleh : mana TGB sorang pun xde?
Aku : aku xtau... hanya poji n jijol je yg lapor kat aku... pjbt yg urus mrk sume... xlalui aku.
Soleh : Ko dtg x?
Aku : Hari ni meeting pengurusan... sok kompom dtg...
Aku hairan kenapa mereka xlapor kat aku ke.... kat pejabat ke.... atau sesape saja atasan mereka jika xboleh berkhidmat pada 12 hingga 15 Disember ni.... sedangkan sebelum cuti sekolah kemarin dah dikasi tau... dan pada waktu itu hanya Tn. Haji jer yang maklum xdpt dtg sbb famili dia dah set up utk over sea time tu.....
Harapan kawan2 di Gemencheh.... mrk mengharap bantuan kita.... kita pun nanti suatu masa akan mengharap bantuan orang lain....
Harapan orang lain jangan dipandang remeh... kerana kadang2 harapan mrk adalah kewajipan kita.... apa kita nak jawab kepada tuhan nanti?
Ansara dan ibunya |
Tiara dan ayahnya |
Meskipun aku dah balik ke rumah..... tetapi apabila mereka anak-anak homeroom aku Intan A 2007/08 kata mereka berada di TGB.... maka aku datang kembali menemui mereka.... mereka datang untuk mengambil sijil SPM setelah adiknya mengikuti temuduga di TGB dan Alor Gajah.
Harapan mereka untuk menemui aku mesti aku tunaikan.... kerana aku pun suatu masa nanti akan mengharap dari mereka... siapa tahu?
0 comments:
Post a Comment