Tuesday, 31 January 2012

KUIZ MAULIDURRASUL


Jom cuba jawab.....
Blog This!

Sunday, 29 January 2012

WANITA ADALAH CIPTAAN YANG TERINDAH

Wanita adalah ciptaan yang paling indah di dunia ini.

"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah adalah wanita solehah"  -riwayat Muslim

Tidak semua wanita di dunia ini indah, sebaliknya fahamilah bahawa yang dimaksudkan wanita yang indah menghiasi dunia adalah wanita solehah.

Begitu juga lelaki yang memakmurkan dunia ini adalah lelaki yang soleh.

Di antara tanda-tanda individu soleh atau solehah adalah berakhlak mulia.

Oleh itu jom kita berakhlak mulia agar kita 'berharga' di dunia ini manakala di akhirat nanti kita di antara yang paling hampir dengan Rasulullah saw.

"Orang yang paling aku cintai dan yang paling terdekat dengan ku pada hari kiamat ialah orang yang terbaik akhlaknya" -riwayat Bukhari


CONTOHI 10 AKHLAK RASULULLAH


  1. SABAR, membuktikan diri kita mampu menerima takdir dan ketentuan tuhan.
  2. MEMAAFKAN, menjauhkan kita dari perkataan dan perbuatan yang tidak sopan.
  3. MALU, sebahagian dari iman, mendorong diri sentiasa menjaga dan berhati-hati sebelum membuat tindakan.
  4. PEMURAH, menambah kawan dan merapat tali persaudaraan.
  5. MENGUTAMAKAN ORANG LAIN, tanda memuliakan dan mengasihi, hanya yang memuliakan akan dimuliakan dan yang mengasihi akan dikasihi.
  6. BERCAKAP HANYA PERKARA YANG BAIK, mendamaikan jiwa kita dan orang lain. Lebih baik diam bagi mengelakkan menipu, mengumpat dan memfitnah.
  7. ADIL, ciri peribadi muslim sebenar.
  8. BERBAIK SANGKA, memadam dendam dan menjamin jiwa tenang.
  9. RINGAN TANGAN, menghulurkan bantuan berupa material, tenaga atau lisan. Ikhlas dan ihsan mudah terlihat dengan ringan tangan.
  10. SERBA SEDERHANA, cara terbaik dalam kehidupan, berkongsi dengan insan yang memerlukan dari bermewah atau bermegah adalah kemuliaan dan bijaksanaan.

hiasan dunia yang terindah

----------
sumber : Nur, Dis. 2006

lihat juga : http://ellorukaini.blogspot.com/2011/01/dunia-ini-penuh-perhiasan-dan-perhiasan.html
Blog This!

REUNION BATCH SPM 2005

Mac 2000, aku mula berkidmat di MRSM Jasin.

Julai 2003, aku diundang masuk ke kuarters ketua warden kerana aku diberi amanah sebagai ketua warden.

Batch 2004/05 adalah batch yang aku terima sejak awal pendaftaran mereka ke tg. 4. So bagi mereka aku adalah ketua warden yang terpaksa mereka terima seadanya. Manakala bagi aku batch inilah yang bersih olahan aku sebagai ketua warden yang akan mengatur dasar dan budaya pelajar di MRSM Jasin waktu itu.

Maaflah kerana pada waktu itu aku agak zalim dan kasar.... tetapi aku buat tu semua adalah untuk masa depan mereka juga. Bagi aku sesiapa yang ingin bersama menjadi warden dan membimbing pelajar aku alu-alukan, bagi mereka yang tak mau tak payah susah-susah ikut.

Beruntungnya aku pada waktu itu adalah ketua pelajar, ketua BADAR dan ketua LDP memang memainkan peranan yang seiring dengan kehendak warden.

Kini 7 tahun telah berlalu... mereka telah pun memilih haluan sendiri, tugas ku yang dulu telah berlalu, semoga mereka terus mengingati didikan kami agar terus beroleh rahmat Ilahi.










Blog This!

Saturday, 28 January 2012

KEBETULAN BERHIKMAH

Kebetulan yang berlaku di sekeliling kita ada banyak hikmahnya.

Saya nak kabo di sini tentang 3 kebetulan yang penuh hikmah.


  1. Aku dan biras ku sama tarikh lahir 22 Januari, kami famili berkumpul.
  2. Kak Mona dan Zul sama tarikh lahir 27 Januari, kami warden-warden berkumpul
  3. Reunion bekas pelajar 2005, kami warden dapat berkumpul dan pelajar dikumpul di surau bersama senior mereka.


Sanbutan Hari Lahir

22 Januari yang lalu adalah hari lahir ku yang ke 41.... hmmm... dah tua dah aku ni...tapi misi macam belum selesai...

Apa yang menarik pada 22 Januari lalu adalah pulang ke kampung meraikan hari lahir ku. Pada awalnya aku telah merancang dengan famili untuk ke Pizza Hut Ayer Keruh sebab dah berlambak Hot Ticket Pizza Hut. Tetapi kerja aku yang melibatkan HRMIS belum selesai, maka aku mesti menunda hasrat ke Pizza Hut.

21 Januari 2012

Aku : Macamnya kerja abi tak boleh siap hari ni, so besok malam je lah kita gi pizza.
Razin : Boleh.... kupon pizza tu laku sampai bulan dua.

Isteri aku mencelah dari dapur ;

Umi : Bang, dia orang minta kita balik kampung esok, buat sambutan hari lahir ramai-ramai.
Aku : Habis kerja abi camne? kalo ada broadband xpe la juga....
Umi : Kita hadir jap... pastu gi la rumah Bang Mai ada Streamyx sana....
Aku : Majlis tu kul bape?
Umi : Pagi. Diaorang beria-ria nak raikan... takkan yang dirai xmau datang... xelok le...
Aku : OK... packing la... tapi kalo xdpt tumpang internet kita balik Jasin petang esok gak.

Kak Hanim, isteri kepada abang long

Aku, suami kepada kak ngah

Liza, tunang adik ipar aku (Hafiz)

Kami bertiga adalah biras (yg tunang kira biras juga la.....) mak mertua aku dan Hafiz yang merancang majlis ni pada 22 Januari kerana aku dan kak Hanim memang lahir pada tarikh yang sama, Liza diraikan juga kerana dia lahir bulan yang sama, Januari.

Dah banyak kali kerabat bini aku buat sambutan 22 Januari ni.... biasanya apabila tarikh tersebut jatuh hujung minggu atau hari cuti.

Tahun ni bertambah satu lagi orang yang dirai iaitu Liza, moga mereka selamat diaqad pada bulan enam nanti.

Mak mertua aku selalu memanggil anak-anaknya dan pakcik makcik dia orang untuk meraikan hari lahir mereka. Ini adalah cara paling berkesan aku lihat dalam mengeratkan pertalian nasab keluarga.

Aku pun nak ajak warden buat juga lah....

27 Januari... Zul dan Kak Mona

Kak Mona

Zul

Tahun lepas semua warden berkumpul di cafe selepas tamat program di surau bertepatan 22 Januari dan meraikan aku dan Kak Mona. Tahun ni pula dah bertambah Zulkifli Yasok yang sama lahir dengan Kak Mona 27 Januari.....

Bacth 2005

Kami bersembang berborak bergelak kami ramai-ramai di bilik gerakan warden.... budak-budak semua dah kamilonggokkan kat surau dan dilayan oleh.... ;

Group SPM 2005

 Budak-budak diberi slot forum oleh senior, satu persatu senior dipanggil duduk di kerusi yang disediakan, doktor, jurutera dan macam-macam lagi profesion yang disebut. Kepada budak-budak yang sedang nak duduk SPM boleh le tanya abang dan kakak senior berkaitan lanjutan pelajaran dan bidang profesion yang diminati.
Blog This!

Monday, 23 January 2012

CUTI TAPI KERJA DI ULANG TAHUN KU

Bila bekerja melibatkan komputer.... hm... macam ni le nasib....

Jumaat 20 Januari yang lalu aku terima SMS dari PPSM yang memaklumkan bahawa staff dari HQ dah selesaikan masalah aku.... dah boleh login!

So, aku pun login dan mula semak....

alamak! banyak benda nak kena buat ni....

25hb Januari dah wajib hantar ke HQ.... ini bermakna esok aku kena masuk opis.... hmm... burn la Sabtu aku ni....

22 Januari, Ahad.... aku menghadiri jemputan menyambut hari ulang tahun aku sendiri yang diatur oleh ipar duai di kg.... meskipun kerja belum siap, tapi xpe sebab boleh angkut fail-fail dan online di kg jer...

Kalau dah kat kg... mana boleh nak rilex2.... ada saja kenduri kendara yang kerabat buat.... akhirnya tengah malam baru boleh buat kerja.

23 Januari, Isnin, 4.30pm..... alhamdulillah, dari 17 kerja yang perlu disiapkan telah selesai 10....

7 lagi tak dapat nak proses sebab data yang diterima tidak lengkap, nak kena talifon kawan-kawan nih....

Sementara tunggu respon kawan2.... aku pun online ler pesbuk... kot berlambak ucapan Selamat Hari Lahir utk aku....

Kepada semua yang mengucapkan selamat kepada aku.... aku ucapkan terima kasih... maaf sbb lambat balas...

Kpd Una, abi ucapkan terima kasih krn ucapan pertama yg abi terima tahun ni adalah dari Una....

Sekali lagi terima kasih kpd yg mengingati hari lahir aku....

Wassalam.

Blog This!

KAHWIN USIA MUDA

Mohon respon dari yang arif jika saya ada kesilapan dalam membimbing.....




Soalan yang saya terima ;

assalamualaikum.. abi 
abi sehat?? umi sehat?? razin n afif?? 
heheh,,saya sekarg kat mesir ,amek medik ,,doakan saya..
abiii..hrmm skrg ni kwan2 saya ashek post hadis nih..
xtahu lah hadis ni sahih ke x..saya dah try google n ckp yg hadis ni dhaif tp saya still nak kepastian..
nak tanya abi pasl hadis ni..

Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " - HR . Ibnu 'Addi -

sahih ke dhaif?? dan kalu dhaif,,hukum beramal dgnnya camne??
boleh ke kita sebar2 kan?? boleh ke jdik hujjaH..
hehe,.bnyk lak tanye,,syukran abi.. 



Jawaban saya;

wa'alaikumussalam...

abi chat... kami chat...
moga Intan (bukan nama sebenar) selamat di rantauan dan berjaya sentiasa...

beramallah sepenuhnya.... tidak sebahagian-sebahagian....

beramal dgn hadis dhaif yg tiada kaitan dgn soal akidah adalah diharuskan....

juga diharuskan jika berkaitan kelebihan2 atau fadhilat2.... mcm kelebihan nikah usia muda.... kelebihan membaca Yasiin setiap malam... dsb.





hadis tu kalau nak diamalkan kena ambil kira hadis2 yg lainnya juga...
byk hadis2 ttg khwin ni... tujuan nikah... kewajipan & tggjwb....

kalau kwn usia muda tetapi belum bersedia utk pikul kewajipannya maka itu dikira beramal sebahagian hadis dan menepikan hadis yg lain....

kawin tu sendiri hukum asalnya sunat.... maka hadis kawin muda tu bukanlah wajib.... yg pasti kalau kawin itu jalan akhir menyelamatkan kehormatan maka wajib kawin....

tapi yg pasti adalah meninggalkan maksiat itu wajib... maka meninggalkan couple ala kafir adalah wajib....

mana yg perlu diutamakan? mengamalkan yg sunat mcm hadis yg Intan ckp tu... atau menjauhi maksiat yang wajib tu....?

Pilih couple mana yg kita nak amalkan? couple islam dgn pernikahan atau couple kafir dgn zina atau hampiri zina....?

PILIH SATU DI ANTARA DUA.... 

kalau sukar buat pilihan yg mana di antara dua.... maka jangan pilih kedua-duanya.... iaitu jgn pilih 'couple'

pilihlah single buat masa ini krn byk komitment yg perlu dipenuhi yg mana keadaan single itu lebih memudahkan sesetengah org....

manakala couple itu adalah fitrah yg akan dtg dgn sendirinya atas ketentuan tuhan....

apa yg pasti.... serahlah urusan couple kpd tuhan.... dan yakin dgnNya...

dan yg lebih pasti.... setelah menyerah 'si polan' itu kpd Allah... maka kita akan lebih tenang... kalau ada org lain sambar pun.... xpe sbb kita dah serah kat tuhan dan kita yakin tuhan tahu yg terbaik utk kita dan yg tak baik utk kita....

waAllahu a'lam...

wassalam.
Blog This!

Saturday, 21 January 2012

TEWAS LAGI

Setelah mencederakan seorang pekerja lanskap di maktab, seekor kikhin telah ditembak mati manakala 3 atau 4 ekor yang lain lari bersembunyi. Itu adalah peristiwa beberapa hari yang lalu. (lihat : penceroboh maut ditembak)

Hari ini dapat diketahui sekumpulan kikhin tersebut masih berada di dalam kawasan maktab. Maka operasi memburu diadakan.

Sniper yang sama dijemput untuk beraksi, maka aksi kejar mengejar bersama jeep kuningnya dapat disaksikan di padang maktab.

POOOMMM! bunyi tembakan di garisan mula 100 meter.... kalau kebiasaan tembakan sebegitu menandakan pelari pecut akan beraksi mempamirkan kehandalan mereka. Tetapi kali ini berbeza kerana bunyi itu adalah tanda tersungkurnya si pecut.



Gerakan menjejaki saki baki kikhin dijalankan, aku dan rakan-rakan tak mahu mengambil risiko "cari daku, cari daku, biar kau ku tangkap" maka aku mengekori dari belakang rakan-rakan JPAM, biar mereka yang cari dan selongkar lokasi-lokasi berpotensi tempat persembunyiannya.

Terima kasih kepada JPAM yang membantu menjejak cari.






Blog This!

Sunday, 15 January 2012

TETAMU DARI KOREA

Wakil-wakil pelajar dari Korea bersama guru dan pegawai pendidikan mereka datang melawat Malaysia, di antara tempat lawatannya adalah sekolah-sekolah terbaik yang terdapat di Malaysia dan dikenali di peringkat antara bangsa. MRSM TGB adalah satu di antara destinasi mereka...
bye...

see u all in Korea... bye...
Blog This!

Saturday, 14 January 2012

MAKSUD PEMBERIAN



❤ BERIKUT ADALAH MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KPD PEREMPUAN ❤


✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ
✔ GELANG → Tanda mesra ツ
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ
✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ

#Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah...
❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu ♥





sumber : http://www.facebook.com/pages/Mutiara-Kata-Ustaz-Kazim-Elias-Ustaz-Azhar-Idrus/299124916800570
Blog This!

Friday, 13 January 2012

PENCEROBOH MAUT DITEMBAK

Seorang pekerja lanskap di MRSM Tun Ghafar Baba telah diserang penceroboh yang mengganas.
Mangsa yang tercedera telah mendapat rawatan awal di Hospital Jasin sebelum dirujuk ke Hospital Besar Melaka disebabkan kecederaan berat.

Penceroboh tersebut telah maut setelah terkena tiga das tembakan.

Terima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat daerah Jasin, JPAM Jasin, Jabatan Perhilitan Negeri Melaka serta pihak polis yang  telah meminta saya menghubungi Jabatan Perhilitan Melaka untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih dan penghargaan kepada warga Kampung Simpang Kerayong yang memberi bantuan dan kerja sama terutamanya saudara sniper penembak tepat yang berjaya menumbangkan 'si khin' tersebut.





"sape student yg buat lubang kat pagar maktab dia telah berdosa kerana jadi punca hadir penceroboh...."




Blog This!

Tuesday, 10 January 2012

KEARIFAN LOKAL

Pagi ni aku rasa bersalah... namun tak puas hati kerana....

Tiiinnn... tiiinnn... "Ini simpang! Jangan turunkan orang di sini!" kata-kata agak keras diucapkan oleh seorang lelaki berbangsa Melayu kepada aku ketika aku menurunkan anak untuk ke sekolah.

Memang benar aku bersalah... tetapi berapa lama sangat le masa yang diambil untuk aku berbuat demikian... berbanding jika aku ikut deretan kereta lain yang pasti akan melambatkan kawasan sekolah itu 'clear'. Aku hanya hantar seorang anak, anak aku turun dan aku blah... selesai! Aku pun tidak menghalang laluan...

Ketika aku mengarahkan anak aku turun ada sebuah Viva melepasi sebelah aku... kemudian sebuah Camry baru berkilat warna putih dipandu oleh lelaki India melepasi sebelah aku... aku sempat melihat wajah India itu tersenyum dan berhati-hati memasuki simpang.... memang aku dah menghitungkan agar aku tidak halang laluan.... India itu membelok ke simpang untuk menghantar anaknya di SRJK Tamil di situ.
Kemudian datang sebuah Inspira merah memasuki simpang yang sama.... takut dan teragak-agak untuk melepasi sebelah aku.... dalam hati aku berkata "lepas... Camry tadi ok jer..." tiba-tiba terpacul satu raut wajah Melayu dengan suara yang agak keras " ni simpang! Jangan turunkan orang di sini "

Aku hanya diam sambil menjawab di dalam hati "Melayu sombong... baru pakai Inspira dah berlagak... India tadi boleh plak bersopan dengan Camry nya"

Setelah meneruskan perjalanan... aku teringat ketika tahun 80an dulu... aku menjadi caddy... golfer yang sombong tak ramai... dan yang tak ramai itu kesemuanya adalah Melayu.... kenapa?

Di atas jalan raya kadang-kadang 'kearifan lokal' diperlukan... macam di Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara...

Blog This!

Sunday, 8 January 2012

TIP TAMBAT HATI PASANGAN



  1. Tegur dan sentuh dengan lembut apabila pasangan anda pulang ke rumah. Tinggalkan seketika kerja yang sedang dilakukan dan berikan tumpuan kepadanya.
  2. Luangkan masa berkualiti bersamana sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
  3. Puji pasangan dengan ikhlas.
  4. Apabila bantuan anda diperlukan, berilah dengan segera tanpa banyak bicara.
  5. Peluk pasangan dengan penuh kasih sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.
  6. Elakkan mengganggu pasangan terutamanya ketika dia sedang melakukan kerja-kerja yang memerlukan penelitian.
  7. Jangan menjawab ketika pasangan sedang marah, sebaliknya diam dan dengarkan bicaranya.
  8. Berilah sokongan yang kuat terhadap kerja yang sedangpasangan anda dilakukan.
  9. Elak dari kerap menghubungi pasangan di tempat kerjanya.
  10. Sentiasalah berdoa agar pasangan anda sentiasa mencintai anda.

Sumber : Majalah Wanita, Disember 2011
Blog This!

Friday, 6 January 2012

KAWAN LAMA

Akhir tahun lalu aku telah menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu isteri aku di Setapak Kuala Lumpur....
Jumpa la... kawan2 lama... ada yang super senior.... ramai di antara mereka tu adalah sepupu isteri aku.... aku kawan dengan mereka dulu ikhlas atas dasar kawan satu sekolah.... ikhlas atas dasar silaturrahim sesama Islam... tidak terniat nak minta kenen2 dengan sepupu dia.... dan aku pun tak tahu dia ada sepupu yang cantik, manis dan sopan.... tapi dah nak dikatakan rezeki la..... dapat la bertunang dengan sepupu mereka.... 5 tahun tempoh pertunangan tuh! sekarang diam tak diam dah 14 tahun usia perkahwinan kami.... tapi yang leceh bila jumpa mereka semula adalah...... "Tak kan dua jer Zam.... tambah la lagi....."
Kawan2 lama... kerabat...

Kami bersama Dr. Adnan.... bekas rakan sekerja di MRSM Jasin

Blog This!

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala